Sabtu, 14 Ogos 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA DI MASJID KG BINSULOK, MEMBAKUT

Zulkhairi menyampaikan sumbangan berupa Tafsir Al-Quran dan wang untuk tabung masjid kepada Pengerusi Masjid Kg Binsulok

Penyampaian Zakat kepada Imam Masjid


Penyampaian sumbangan daripada Datuk Anifah kepada Pengerusi Masjid Kg Binsulok

Wargakerja KYSZPS yang hadir ke Majlis Berbuka Puasa

Ramadhan Bulan Pengukuhan: Ariffin

Masyarakat Melayu diminta mengetepikan sementara perbezaan fahaman politik dan menjadikan bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini sebagai medan terbaik merapatkan hubungan sesama sendiri. 

Adun Membakut, Datuk Haji Ariffin Arif berkata bulan Ramadhan merupakan tempoh masa proses pengukuhan umat sejagat meliputi perpaduan, pemurnian jiwa, pematuhan rukun, perdamaian, kasih sayang dan pembinaan jati diri umat Islam malah juga penganut agama lain.

Katanya disiplin diri serta pematuhan segala rukun sepanjang bulan puasa Ramadhan sepatutnya dihayati serta disinambungkan sepanjang kehidupan demi memartabatkan tamadun manusia itu sendiri.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Masjid Kg Binsulok, Membakut anjuran Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan (YSZPS) di sini semalam.

Sementara itu Ketua Pentadbir YSZPS, Zulkhairi Haji Ismail memberitahu bahawa program Ziarah Ramaghan dan Ihya' Ramadhan merupakan program tradisi yang diadakan setiap tahun apabila tiba bulan Ramadhan di seluruh pelusuk negeri Sabah. Katanya program tersebut bertujuan menjadikan setiap perjumpaan sebagai wadah untuk mempererat ukhuwah di samping sebagai tanggungjawab korporat sosial Kumpulan.

Dalam majlis itu beliau menyampaikan zakat fitrah kepada golongan fakir miskin dan mualaf serta sumbangan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman kepada Jawatankuasa Masjid.

Beliau juga turut menyaksikan penyampaian naskah Al-Quran dan buku agama serta derma sumbangan YSZPS kepada Masjid Kg Binsulok.

Turut hadir di majlis itu Pegawai Tadbir JHEAINS Beaufort, Ustaz Adamin; Imam Kariah, Ibrahim Guan; Pengerusi Masjid, Samat Jumat, Ketua Amil Ustaz Osman Salleh, Pegawai Tadbir Kanan YSZPS, Haji Gulam Hassan, Pegawai Operasi YSZPS Membakut, David Yuntalla, Ketua Pegawai Penyelidik YSZPS, Peter Jonnie Peter; Pegawai Operasi YSZPZ Beaufort serta ahli kariah masjid dan ketua-ketua jabatan. Sesi tazkirah Ramadhan disempurnakan oleh Ustaz Malai Ali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan