Sabtu, 21 Ogos 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA DI MASJID PEKAN MEMBAKUT

Antara tetamu kehormat yang hadir pada majlis tersebut

Sumbangan daripada KYSZPS kepada Masjid Pekan Membakut disampaikan oleh Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman

Yayasan Sabah Sampaikan Sumbangan Kewangan Untuk Tabung Masjid Pekan Membakut

SUMBANGAN….. Sempena dengan Program Majlis Berbuka Puasa Badan Perhubungan Umno Sabah bagi Zon 3 yang berlangsung di masjid pekan Membakut petang kemarin Yayasan Sabah turut menyampaikan sumbangan kewangan untuk masjid Pekan Membakut. Sumbangan tersebut diserahan oleh Ketua Pentadbir Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan Zulkhairi Haji Ismail kepada Ketua Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman yang menghadiri dan seterusnya merasmikan majlis tersebut untuk diserahkan kepada pengerusi masjid Pekan Membakut.

Pada majlis tersebut Musa yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno selain berbuka puasa juga yurut menyertai masyarakat Islam setempat berjemaah sembahyang maghrib,isya dan sunat tarawih disamping menyampaikan bantuan bantuan lain berupa zakat kepada beberapa buah sekolah di kawasan Parlimen Kimanis dan sumbangan wang zakat untuk golongan fakir miskin, kurang upaya dan juga anak-anak yatim piatu.

Antara yang hadir termasuklah Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, Timbalan Pengerusi badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said, Ketua Umno bahagian Kimanis Datuk Anifah Aman,Ketua Umno bahagian Sipitang Datuk Sapawi Haji Ahmad,Timbalan Ketua Umno bahagian Papar Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar, dan Naib Ketua Umno bahagian Kimanis yang juga Wakil Rakyat Membakut Datuk Haji Ariffin Arif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan