Sabtu, 31 Julai 2010

MOTIVASI UPSR 2010 SK PEKAN KINARUT

Rosnah menyampaikan sijil Kecemerlangan kepada salah seorang calon UPSR 2010 sambil diperhati oleh Zulkhairi, Razak, Zajih dan Helmi
Rosnah menerima cenderahati daripada Zulkhairi dalam majlis

Zulkhairi menerima cenderakenangan daripada Zajih disaksikan oleh Rosnah, Razak dan Helmi

Rosnah melaungkan 'Kami Boleh' bersama calon-calon UPSR berserta Zulkhairi, Razak, Zajih, Helmi dan Sahriman

Penglibatan Ibubapa Dalam Kegiatan Murid Perlu Dipertingkat - Rosnah

PAPAR: Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin menggesa para ibubapa dan penjaga pelajar agar dilibatkan secara langsung dalam program-program pembangunan sahsiah dan akademik pelajar yang dianjurkan oleh agensi kerajaan ataupun pihak sekolah. "Kehadiran ibubapa berserta ahli-ahli PIBG dalam suatu perkumpulan atau majlis ilmu di sisi anak-anak adalah menjadi suatu sentuhan ajaib kepada anak-anak mereka ke arah mendorong kewujudan pelajar-pelajar cemerlang bukan sahaja akademik malah aspek pembangunan kendiri anak-anak itu." Beliau yang juga Ahli Parlimen P175 Papar berkata demikian ketika merasmikan Program Motivasi Tahun Enam SK Pekan Kinarut anjuran Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan (YSZPS) dengan kerjasama PIBG dan Biro Pendidikan UMNO Papar bertempat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM KK).

Sementara itu dalam ucapan aluan beliau, Ketua Pentadbir YSZPS, Zulkhairi Haji Ismail menegaskan bahawa tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan khususnya dalam bidang pelajaran. "Setiap diri pelajar perlu ada pengorbanan dan usaha tanpa henti untuk menggapai kejayaan dengan menjadikan kejayaan serta pencapaian tokoh-tokoh ternama dalam negara serta luarnegara yang mecapai kegemilangan dan berada di puncak dengan hasil kerjakeras serta menuntut ilmu tanpa henti", ujar Zulkhairi lagi.

Di majlis itu Rosnah turut menjanjikan hadiah berupa komputer riba kepada pelajar yang berjaya mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan bidang-bidang tertentu seperti mana yang telah dilakukan sebelum ini. Majlis yang disertai oleh seramai 230 orang calon UPSR 2010 itu diisi padat dengan ceramah yang menyentuh topik memaksimumkan tahap keyakinan diri, berkemahiran menjawab dan bercita-cita tinggi. Antara penceramah yang terlibat ialah Azman Badu, Noraidah Haji Othman dan Abdul Ghani Kaji. Turut hadir di majlis itu Guru Besar, Mohd Zajih Edenin, Pengerusi PIBG, Hj Razak Ag Durahman, Timbalan Pengetua MRSM, Sahriman Abd Rahman, Wakil Pegawai Pelajaran Papar, Mohd Helmi, Pegawai Operasi YSZPS Papar, Mohd Fairuz Bin Hj Mohd Yussof, guru-guru dan sebahagian ibubapa.

Ahad, 25 Julai 2010

SEMINAR MOTIVASI UPSR 2010 PERINGKAT DAERAH PAPAR

Antara tetamu kehormat yang hadir

AMANAT.... Ketua Pentadbir YSZPS, Zulkhairi Haji Ismail turut menyampaikan amanat di majlis tersebut

TAHNIAH Rahim menyampaikan Sijil Kecemerlangan kepada salah seorang pelajar sambil diperhati oleh Zulkhairi, Abidin, Hadi dan Zajih.

DIHARGAI … Abidin menyampaikan cenderakenangan kepada Zulkhairi disaksikan oleh Rahim dan Hadi.

PESERTA...Antara para pelajar yang menghadiri majlis tersebut

YAKIN BOLEH..... Rahim, Zulkhairi, Abidin, Hadi melaungkan kata-kata semangat bersama-sama calon UPSR 2010


Ilmu Dan Didikan Formal Mampu Julang Status Keluarga

Kemiskinan sesebuah entiti keluarga atau masyarakat bukanlah suatu yang perlu diwarisi tetapi ianya memerlukan makanisme bagi merubah keadaan agar enititi keluarga atau masyarakat itu boleh membangun seiring dengan kepesatan pembangunan yang sedia ada.

Wakil Rakyat N22 Pantai Manis, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail berkata, makanisme yang terbukti berupaya merubah keadaan tersebut adalah melalui pendidikan dimana dengan segala pengetuhan dan kemahiran yang diperolehi ianya merupakan prasayarat utama untuk membangunkan model insan bagi menjana proses pembangunan Negara.

Rahim yang juga Ketua Umno bahagian Papar berkata demikian semasa berucap merasmikan Seminar Motivasi Pelajar Tahun 6 Peringkat Daerah Papar anjuran bersama Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan (YSZPS), Majlis Guru Besar Daerah Papar dan Biro Pendidikan UMNO Papar yang melibatkan seramai 500 orang calon UPSR 2010 dari 50 buah sekolah sekitar Papar.

Sehubungan dengan itu beliau mengajak agar ibubapa memberikan penekanan terhadap soal pendidikan anak-anak agar mereka boleh menjadi modal insan cemerlang bagi membina masa depan yang lebih gemilang sekali gus membebaskan diri,keluarga dan masyarakat dari dibelanggu dengan masalah kemiskinan. “Jika kita miskin pemikiran dan tidak berusaha untuk mengisinya dengan ilmu pengetuhan sudah tentu kita akan terpinggir dan tidak mampu bersaing dalam arus kemajuan perdana Negara” katanya. 

Rahim menambah kekayaan Negara yang diwarisi ketika ini boleh terhakis jika pewarisnya tidak mempunyai ilmu pengetuhan dan kemahiran mengurus kekayaan tersebut sekalig gus boleh mengagalkan wawasan 2020 bagi menjadi sebuah Negara maju. “Pelajar-pelajar hari ini bermula di peringkat sekolah rendah,menengah dan di institusi pengajian tinggi merupakan simpanan tetap bagi sesebuah Negara bangsa untuk terus maju dan membangun” katanya .

Terdahulu dari itu dalam ucapan Ketua Pentadbir YSZPS, Zulkhairi Haji Ismail memberi jaminan bahawa Yayasan Sabah akan sentiasa menggembeling usahasama serta perkongsian pintar antara agensi, jabatan dan institusi mahupun NGO dalam merencana serta melaksana gerakerja yang bersesuaian dengan tuntutan semasa dalam meransang pembangunan modal insan melalui pendidikan.

"Agenda memperkasa bidang pendidikan anakbangsa adalah suatu yang tiada penghujung dan amat menuntut kerjasama padu semua pihak termasuklah ibubapa dan pelajar itu sendiri', katanya. Menurut beliau dalam kesibukan mengulangkaji pelajaran, pelajar perlu juga menitikbaratkan aspek penjagaan kesihatan, kawalan emosi disamping dorongan tanpa henti daripada guru serta ibubapa dalam minggu-minggu terakhir sebelum hari peperiksaan.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pegawai Pelajaran Daerah Papar, Abidin Marjan; Pengerusi MGB, Mohd Zajih Edenin; Pegawai Operasi YSZPS Papar, Mohd Fairuz B Hj Mohd Yussof; Penolong Pegawai Daerah Papar, William Ahlan; Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Kesihatan, Hadi Kassim; Naib Pengerusi Biro Pendidikan UMNO, Mudin Madin; Pengerusi Biro Ekonomi UMNO, Gaffar Rashid; para ibubapa, exco MGB, guru-guru besar dan ahli-ahli jawatankuasa Umno Papar.

Jumaat, 23 Julai 2010

LATIHAN KAWAD KEBAKARAN (FIRE DRILL) ADYS SIPITANG

Ketibaan kenderaan Jabatan Bomba & Penyelamat (jam 9 malam) yang mengejutkan
penghuni asrama


Anggota JBP yang berpakaian lengkap mengusung keluar 'mangsa' kebakaran

Para penghuni asrama berhimpun di perkarangan dewan selepas roll call


Kaedah betul dan selamat mematikan kebakaran dengan pemadam api


Pegawai Keselamatan (Safety Officer) KYS Encik Felix Santos menyampaikan cenderakenangan kepada Penyelia Jabatan Bomba dan Penyelamat Encik Nuin Yussof sambil diperhatikan oleh Pegawai
Operasi Sipitang Encik Lianard Ingging.




Sipitang - Selaras dengan pematuhan Akta Keselamatan Pekerjaan Pekerja 1994 Seksyen 15 (C) dan (D), Kumpulan Yayasan Sabah dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengadakan kawad kebakaran pada 22 Julai 2010 di Asrama Daerah Yayasan Sabah Sipitang. Latihan Kawad tersebut yang bermula jam 9 malam berjalan dengan baik walaupun dalam keadaan cuaca yang bergerimis. Para pelajar dari blok A dan B memberi respon yang baik ketika latihan dijalankan namun perlu dipertingkatkan lagi melalui latihan yang akan datang. Seramai 28 orang pelajar dari blok A dan B terlibat dalam latihan tersebut dan turut hadir sama ialah Pegawai Operasi Sipitang Encik Lianard, Pegawai Keselamatan dari Bahagian Pengurusan & Penyelenggaraan Encik Felix Santos, Pengawas ADYS Sipitang Encik Aliman Sani serta pegawai-pegawai pemerhati daripada YSZPS. Manakala Jabatan Bomba dan Penyelamat diketuai oleh Penyelia Encik Nuin Yussof.

Rabu, 21 Julai 2010

SEMINAR KECEMERLANGAN PELAJAR SRU 2010

Pegawai Tadbir Kanan YSZPS Tuan Haji Gulam H. Hapil menyampaikan taklimat mengenai halatuju selepas UPSR/SRU kepada para pelajar


Sebahagian daripada para pelajar yang menyertai Seminar Kecemerlangan SRU


Tetamu kehormat


Ucapan perasmian penangguhan seminar oleh Wakil Rakyat Klias YB Datuk Hajah Azizah DSP Hj. Mohd. Dun, Menteri Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah


Kelihatan digambar YB Datuk Hajah Azizah menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil pelajar sambil diperhatikan oleh Guru Besar SAN Kg. Bingkul Ustaz Ismail Manan, Pegawai Tadbir Kanan YSZPS Tuan Haji Gulam, PKR Klias Tuan Haji Saidin Munsi dan Pegawai Operasi Beaufort Encik Latip Hj. Taip.


Beaufort - Kumpulan Yayasan Sabah dengan kerjasama Jawatankuasa Ko-Kurikulum Zon Pekan Beaufort telah mengadakan Seminar Kecemerlangan Pelajar SRU 2010 bertempat di Sekolah Agama Negeri (SAN) Kampung Bingkul, Beaufort pada hari Rabu 21 Julai 2010. Seminar sehari tersebut dihadiri seramai 120 pelajar yang akan menduduki peperiksaan SRU 2010 dari lima buah SAN disekitar Beaufort. YB Datuk Hajah Azizah Wakil Rakyat N.25 Klias telah berkenan merasmikan penangguhan seminar tersebut. Turut hadir ialah wakil Ketua Pentadbir YSZPS Tuan Haji Gulam H. Hassan, PKR N.25 Tuan Hj. Saidin Munsi, Pegawai Penerangan Beaufort Cik Marlini Hj. Jamrin, Pegawai Operasi YSZPS bagi daerah Beaufort Encik Latip Hj. Taip dan Pengerusi PIBG bagi SAN Kg Bingkul Tuan Haji Guriaman Hj. Gussal.

Isnin, 19 Julai 2010

PROGRAM PEMBANGUNAN PMI UPSR 2010 PERINGKAT DAERAH SIPITANG

Penyampaian cenderakenangan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Sipitang Encik Abdul Razak Hj. Abdul Karim kepada Ketua Pentadbir YSZPS Encik Zulkhairi Hj. Ismail sambil diperhatikan oleh YB Ahli Parlimen P. 178 Sipitang dan YB ADUN N. 28 Sindumin.

Penyampaian cenderekenangan daripada Ketua Pentadbir Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan Encik Zulkhairi Hj. Ismai kepada YB Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad, Ahli Parlimen P. 178 Sipitang.

Tetamu Vip


Sebahagian daripada para guru-guru dan murid-murid yang terlibat dengan program.




Sipitang - Kumpulan Yayasan Sabah dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Sipitang telah mengadakan Program Pembangunan Intelek Minda Pelajar UPSR 2010 peringkat Daerah Sipitang bertempat di SK. Merintaman, Sipitang pada 10 Julai 2010. Program selama sehari ini berjalan lancar seperti yang dirancang dengan kerjasama yang erat daripada Pejabat Pelajaran Daerah Sipitang. Seramai 302 orang pelajar dari SK. Merintaman, SK. Pekan, SK. Padang Berampah dan SK. Kawang, Sipitang telah menghadiri program tersebut. Program yang bertujuan untuk menyediakaan para pelajar menghadapi UPSR pada tahun ini telah di tangguhkan dengan rasminya oleh YB Ahli Parlimen Sipitang. Turut hadir semasa upacara perasmian tersebut ialah Wakil Rakyat Sindumin YB Hj. Ahmad Hj. Bujang.


Ahad, 18 Julai 2010

SAMBUTAN HARI GURU SK PEKAN KINARUT

SYABAS....! Zulkhairi menyampaikan Sijil Penghargaan Tokoh Guru 2010 kepada Husin Adam sambil diperhati oleh Mohd Zajih

Zulkhairi menyampaikan cenderahati kepada Tokoh Guru 2010 Husin Adam sambil diperhati oleh Mohd Zajih

Warga pendidik SK Pekan Kinarut melafazkan Ikrar Guru Malaysia dipimpin oleh Amran Haji Mokhtar, Penolong Kanan Pentadbiran

Meriah....! Suasana sambutan Hari Guru 2010 SK Kinarut

Meriah....! Suasana sambutan Hari Guru 2010 Sk Kinarut

Guru Bukan Setakat Kerjaya Malah Pelengkap Kehidupan Insan

PAPAR: "Profesion perguruan bukan setakat kerjaya pilihan yang tugasnya hanya mendidik secara formal tetapi boleh dianggap sebagai pelengkap kitaran hidup manusia bertamadun". Demikian yang dijelaskan oleh Pengerusi Biro Pendidikan Umno Papar, Zulkhairi Haji Ismail semasa merasmikan sambutan Hari Guru 2010 peringkat SK Pekan Kinarut kemarin.

"Sebagai profesion paling tua di dunia, peranan guru adalah amat signifikan dari segi peredaran zaman kerana perlu mencerap kaedah-kaedah serta ilmu semasa agar sesuai dengan perkembangan tamadun dunia tanpa mengabaikan ciri-ciri serta nilai-nilai tempatan. Bayangkan sesebuah kehidupan makhluk yang bernama manusia tanpa sebarang didikan, sudah pasti dunia moden hari ini tidak akan terbentuk sehebat rupa. Oleh itu, warga pendidik perlu memperlengkap diri dengan menerapkan ilmu serta kemahiran urustadbir, kewangan, kreativiti, psikologi, teknologi dan ilmu pengetahuan baru di samping peka terhadap hal-ehwal semasa samada setempat mahupun sejagat", tambah Zulkhairi lagi.

Sementara itu, Guru Besar SK Kinarut, Mohd Zajih Edinin menggesa warga pendidik di sekolahnya agar mendengar serta memantau permasalahan anak-anak didik mereka serta berlaku adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara bila melibatkan pihak ibubapa. "Sikap bersabar, empati dan berkeyakinan di kalangan guru-guru sudah tentu dapat membantu memperkukuh platfom persefahaman antara murid-murid. guru dan ibubapa serta masyarakat dalam persekitaran sekolah" tegas Zajih yang juga Pengerusi Majlis Guru Besar Papar.

Sambutan yang dihadiri oleh 1500 orang terdiri daripada pelajar, pendidik dan ibubapa itu turut dimeriahkan dengan persembahan kesenian oleh pelajar dan guru, penyampaian hadiah dan anugerah guru cemerlang serta tokoh guru. Tokoh Guru 2010 yang dipilih ialah Hussin Adam, pesara guru yang berasal dari Kinarut.

Khamis, 15 Julai 2010

PROGRAM READY TEMPUR UPSR 2010

Gambar kenang-kenangan Program Ready Tempur UPSR 2010.


Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Pengelola Encik Anas Hj. Yussof.


Kain rentang 'backdrop' Program Ready Tempur UPSR 2010.



Tuan Guru Besar SK. Pekan Beaufort merangkap Pengerusi Pengelola program Encik Anas Hj. Yusof
menyampaikan cenderakenangan kepada Tuan Haji Gulam yang mewakili YSZPS.


Beaufort - Kumpulan Yayasan Sabah ZPS dengan kerjasama SK. Pekan Beaufort telah mengadakan Program 'Ready Tempur UPSR 2010' pada 13 Julai 2010 bertempat di Rumah Rehat Beaufort. Seramai lebih kurang 60 orang pelajar menghadiri program ini yang bertujuan untuk memantapkan persediaan para pelajar menjelang peperiksaan UPSR pada tahun ini. Program selama sehari ini telah dirasmikan oleh oleh Encik Juhrin Bin Osman yang mewakili Encik Salleh Eddris, Pegawai Pelajaran Daerah Beaufort.


PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR SRU 2010

Pegawai Tadbir Kanan Tn. Hj. Gulam turut memberi taklimat kepada para peserta
program mengenai peluang-peluang melanjutkan pengajian serta penajaan YS
selepas tamat peperiksaan SRU dan UPSR.


Penyampaian cenderahati oleh Ketua Kampung Ulu Sipitang kepada Tuan Haji Gulam yang mewakili Ketua Pentadbir YSZPS.


Penyampaian Sijil Penyertaan program kepada Ustaz Samudin Bin Abdullah
yang disaksikan oleh Pegawai Operasi Sipitang Encik Lianard dan Pengerusi
J/Kuasa Pelaksana Program Ustaz Jamawi Bin Haji Sapar.

Sipitang - Kumpulan Yayasan Sabah dengan kerjasama Ko-Kurikulum SAN JHEAINS peringkat Zon Pekan Sipitang telah mengadakan Program Kecemerlangan Pelajar SRU bagi tahun 2010 peringkat Zon Pekan Sipitang pada 8 Julai 2010 bertempat di SAN Hj. Mohd. Kassim Ulu Sipitang. Pegawai Tadbir Kanan YSZPS yang mewakili Ketua Pentadbir YSZPS telah merasmikan penutupan program tersebut. Seramai 98 pelajar menghadiri program tersebut.

PROGRAM PMI PELAJAR UPSR DAERAH SIPITANG

Para peserta program yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.


Pegawai Operasi bagi daerah Sipitang Encik Lianard berucap mewakili Ketua Pentadbir YSZPS.


Wakil PPD Sipitang Encik Zulkifle Hj. Kassim berucap merasmikan penangguhan program.


Para peserta program berangkat balik ke sekolah masing-masing

Sipitang - Kira-kira 97 murid dari SK. Mendulong dan SK berdekatan telah menghadiri Program Pembangunan Intelek & Minda pelajar UPSR yang berpusat di SK. Mendulong, Sipitang. Program selama 2 hari ini (27-28 Jun 2010) dirasmikan oleh Penolong PPD Sipitang Encik Zulkifle Hj. Kassim manakala Encik Lianard Ingging mewakili Ketua Pentadbir YSZPS.

Rabu, 14 Julai 2010

PROGRAM SEMINAR PERDANA UPSR 2010 DAERAH BEAUFORT‏

Kamarlin mengatakan sesuatu kepada Zulkhairi, Anas dan Salleh mengenai program  Gerak Gempur Peperiksaan
Sebahagian daripada peserta menyatakan Ikrar Kecemerlangan yang dilaungkan dalam seminar tersebut
Barisan guru besar yang hadir dalam seminar anjuran Yayasan Sabah
Kamarlin menyampaikan Sijil Penyertaan kepada salah seorang guru besar sambil diperhatikan oleh Faizal, Zulkhairi, Salleh dan Rahman.

Usaha Tanpa Jemu Buahkan Kecemerlangan - Kamarlin

 

BEAUFORT: Seramai lebihkurang 300 calon UPSR 2010 sekitar daerah Beaufort mengikuti Seminar Perdana UPSR 2010 Peringkat Daerah Beaufort anjuran Kumpulan Yayasan Sabah, Zon Pedalaman selatan (YSZPS) dengan kerjasama Bank Rakyat Cawangan Beaufort dan Majlis Guru Besar Daerah (MGB) Beaufort bertempat di Dewan Masyarakat Beaufort.

Dalam ucapan perasmiannya, Wakil Rakyat N27 Lumadan, Kamarlin Haji Ombi menasihati para pelajar dan ibubapa agar menggiatkan usaha untuk memastikan segala cita-cita dan harapan para guru, masyarakat, ibubapa dan pemimpin untuk melihat anak-anak bangsa memperoleh kecemrlangan berganda. "Pautan persefahaman dan saling bekomunikasi antara pendidik dan ibubapa sudah semestinya akan memudahkan percambahan ilmu di kalangan pelajar dan institusi sekolah itu sendiri. Tiada gunanya pihak-pihak berwajib seperti Yayasan Sabah dan agensi kerajaan lain menganjurkan pelbagai program benilaitambah dalam membangunkan sektor pembangunan pelajaran jika golongan ibubapa tidak mengambil inisiatif meransang semangat berkobar-kobar untuk mencapai kecemerlangan di kalangan anak-anak mereka. Warga pendidik juga harus mempelbagaikan kaedah terancang untuk menjelaskan segala teknik belajar dan menghadapi peperiksaan mengikut kecenderungan pelajar-pelajar mereka", tambah Kamarlin lagi.

Sementara itu dalam ucapan alu-aluannya, Ketua Pentadbir YSZPS, Zulkhairi Haji Ismail turut menekankan peripentingnya bercita-cita tinggi dalam kalangan pelajar seawal sekolah rendah. "Anak-anak yang bercita-cita tinggi sudah tentu mempunyai dorongan tersendiri tetapi perlu dibimbing untuk memastikan ianya tercapai dengan cara terpuji dan menjadi kebanggaan. Dalam diri pelajar itu sendiri perlu ada kawalan tingkahlaku dan disiplin yang dengan sendirinya akan memandu cara belajar yang efektif, menghormati guru serta ibubapa, menjaga kesihatan dan penetapan masa", tegas Zulkhairi.

Seminar sehari itu diisi dengan bengkel kaedah menjawab peperiksaan yang disampaikan oleh Hj Malik Abd Manaf (Bahasa Malaysia), Hj Bisno Hj Sari (English), Silus Agang (Matematik) dan Awang Damit Mohamad (Sains).

Dalam majlis yang sama Kamarlin juga menawarkan hadiah kepada semua pelajar yang berjaya meraih keputusan 5A dalam UPSR 2010. Turut menyampaikan ucapan dalam majlis itu ialah Pegawai Pelajaran Daerah Beaufort, Salleh Haji Idris, YDP MGB, Abd Ghapar Majid dan Pengerusi Biro Pendidikan MGB, Abd Rahman Yusof. Antara yang turut hadir ialah Ketua Unit Pentadbiran Bank Rakyat, Faizal Wong; Pegawai Operasi YSZPS Beaufort, Latip Taip; gurur-guru besar dan para ibubapa pelajar.

Isnin, 5 Julai 2010

AKSI PASUKAN PETANQUE KGU PADA PESAWI KE-11

Ketua Kontinjen meninjau latihan petangue KGU di SMK KGU II
Pasukan Petanque Keningau

Aksi perlawanan Men's Double KGU vs KK


Aksi perlawanan Mixed Trio KGU vs KK


Peserta wanita Trio KGU. Pasukan Keningau berjaya menewaskan Trio KK 7-6.


Pasukan Petanque Keningau yang baru dibentuk (lebih kurang 2 bulan) sempena PESAWI ke II telah mempamirkan prestasi yang baik walaupun tewas 2-1 dipusingan awal kepada Pasukan Petanque KK yang lebih berpengalaman. Perlawanan secara kalah-mati ini merugikan tuan rumah kerana tidak berpeluang berentap dengan lain-lain pasukan. Tahniah kepada Pasukan Petanque KK yang menjuarai acara ini buat julung kalinya dan kepada Pasukan Petanque KGU, jangan putus asa kerana lain kali masih ada..KGU buli bah!!