Isnin, 16 Ogos 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA DI MASJID PEKAN WESTON

Terimakasih atas sambutan daripada warga Weston. Usaha Tuan Junaidi amat dihargai

Sedikit amanat daripada Ketua Pentadbir ZPS, Encik Zukhairi Ismail

Sumbangan Untuk Tabung Masjid daripada YSZPS

Sumbangan naskah Quran daripada YSZPS disampaikan oleh YB Kamarlin kepada Imam

Antara hadirin yang hadir dalam Majlis berbuka Pusaa di Masjid Pekan Weston

Warga ZPS yang hadir

Jadikan Ramadan Asas Gagasan 1 Malaysia

BEAUFORT: Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Lumadan, Kamarlin Haji Ombi berharap, kehadiran Ramadan dapat dijadikan ruang terbaik bagi masyarakat Islam dan masyarakat lain merapatkan hubungan seterusnya mewujudkan perpaduan yang utuh selaras dengan Gagasan 1 Malaysia.

Beliau berkata, sekiranya masyarakat Islam benar-benar menghayati hikmah bulan yang mulia ini, mereka akan bersedia untuk menghilangkan perasaan angkuh, bongkak dan ego masing-masing.

Malah katanya, penyertaan mereka yang bukan beragama Islam dalam program program berbuka puasa dan Zaiarah Ramadan juga merupakan petanda positif yang menjadi pemangkin kepada kejayaan Gagasan 1 Malaysia

‘‘Ibadah puasa akan menjadikan umat Islam bertakwa dan jika dihayati hikmah Ramadan yang sebenaranya , kita mampu tundukkan keangkuhan, kesombongan dan keegoan yang selama ini membelenggu kita yang melunturukan semangat perpaduan ,” katanya ketika berucap di majlis Berbuka puasa anjuran Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan (YSZPS) di masjid Pekan Weston dekat sini baru baru ini.

Hadir sama itu Ketua Pentadbir YSZPS, Zulkhairi Haji Ismail, Imam Kariah, Hj Abdul Razak Ag Damit; Pengerusi Masjid, Hj Ahmad Pg Daud, Pemimpin Kemajuan Rakyat Lumadan, Hj Ahmad Mumin; Pegawai Penyelidik YSZPS, Peter Jonnie Peter; Pegawai Operasi YSZPZ Sipitang, Lianard Ingging; dan Pegawai Tadbir Jheains Pedalaman Abidin Alihassan

Menurut Kamarlin yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Sipitang, umat Islam diikat dengan tali persaudaraan, diperintah berjemaah ketika solat untuk meningkatkan silaturrahim sesama Islam, tidak terkecauli masyarakat lain agar timbul perasaan kasih sayang dan perpaduan.

Sementara itu Ketua Pentadbir YSZPS, Zulkhairi Haji Ismail ketika berucap di majlis tersebut berkata selaian Ziarah Rahmadan konsep YSZPS turun padang juga turut menyelami hasrat masyarakat setempat di samping mengenalpasti bentuk-bentuk aktiviti dan program yang perlu dilaksanakan di satu-satu tempat samada secara usahasama mahupun anjuran YSZPS sendiri.

“Sebagai agensi utama Kerajaan Negeri Sabah, Yayasan Sabah akan sentiasa peka dan mengambilkira ruang yang boleh dibangunkan melalui program pembangunan modal insan samada aspek pendidikan, ekonomidan sosiobudaya”, ujar Zulkhairi.

Dalam majlis itu YSZPS turut menyumbang derma tabung masjid dan naskah Al-Quran. Manakala Jheains menyampaikan bantuan zakat kepaga golongan fakir, miskin dan mualaf.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan