Jumaat, 20 Ogos 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA DI MASJID PENGIRAN RAUF, KG PENGALAT BESAR PAPAR

Gotong-royong membersihkan perkaranagan Masjid Pengiran Rauf, Kg Pengalat Besar

Menunggu untuk memulakan majlis penyampaian sumbangan

Gulam menyaksikan penyerahan sumbangan daripada Petrosab Logistik dan Yayasan Sabah oleh Dr Johan kepada Haji Hasmail sambil diperhati oleh Zulkhairi, Hadi dan Fairuz

Berbuka Puasa

Sementara menunggu solat Isyak


Wargakerja Kumpulan Yayasan Sabah & Ketua Puteri UMNO Papar

Gambar kenangan bersama tetamu kehormat Datuk Gulam Haidar Khan Bahadar

Khidmat Sosial Sektor Swasta Amat Diperlukan : Ghulam

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Gulam Haidar Khan Bahadar menggesa agensi-agensi Kerajaan, anak-anak syarika kerajaan serta pihak swasta agar mencontohi Yayasan Sabah yang giat melakukan kerja amal di samping kemantapan program-program pembangunan pelbagai bidang di seluruh pelusuk negeri. Beliau berkata melalui program-program ziarah dan sumbangan melalui khidmat tanggungjawab sosial korporat oleh pelbagai pihak sepanjang bulan Ramadan ini harus dilipatgandakan. 

Katanya program ini perlu diterus sepanjang tahu untuk menyuburkan sikap persefahaman dan kasih sayang dalam kalangan masyarakat sekaligus mampu mempercepatkan penerapan dasar Kerajaan dalam memperkasa rakyat secara menyeluruh. 

Beliau berkata demikia semasa Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Kg Pengalat Besar anjuran Kumpulan Yayasan Sabah semalam.

Ghulam yang juga Wakil Rakyat kawasan Kawang, menegaskan bahawa penglibatan pelbagai pihak dalam menghidupkan suasana Ramadan membuktikan bahawa kemakmuran negara yang ada pada hari ini adalah hasil hidup bermuafakat. Jelasnnya tanpa perang dan kestabilan sosio ekonomi mahupun politik yang dinikmati sejak sekian lama inilah harus sentiasa kita junjung dan mempertahankannya dari sebarang ancaman pihak yang inginkan Malaysia porak-poranda. 

Dalam majlis itu Gulam turut menyaksikan penyerahan sumbangan dana untuk tabung masjid daripada Timbalan Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Petrosab Logistik Sdn Bhd, Dr Johan Ariffin Datuk A. Samad dan Ketua Pentadbir Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan (YSZPS), Zulkhairi Haji Ismail.

Sejurus selepas itu Gulam bersama-sama masyarakat setempat mendirikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah.

Turut hadir dalam majlis itu Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Kesihatan, Hadi Kassim, Imam Daerah Papar, Haji Jaafar Abdullah, Imam Kariah Pengalat, Haji Hasmail Menditar, Pemaju Mukim Pengalat, Rahim Lassim, Ketua Puteri Umno Papar, Yantie Adam, Pegawai Tadbir Kanan YSZPS, Haji Gulam Hapil, Pegawai Operasi YSZPS Papar, Mohd Fairuz B Hj Mohd Yussof, Pegawai Luar JASA Kawang, Hazlinah Hanif dan warga Yayasan Sabah yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan