Sabtu, 31 Julai 2010

MOTIVASI UPSR 2010 SK PEKAN KINARUT

Rosnah menyampaikan sijil Kecemerlangan kepada salah seorang calon UPSR 2010 sambil diperhati oleh Zulkhairi, Razak, Zajih dan Helmi
Rosnah menerima cenderahati daripada Zulkhairi dalam majlis

Zulkhairi menerima cenderakenangan daripada Zajih disaksikan oleh Rosnah, Razak dan Helmi

Rosnah melaungkan 'Kami Boleh' bersama calon-calon UPSR berserta Zulkhairi, Razak, Zajih, Helmi dan Sahriman

Penglibatan Ibubapa Dalam Kegiatan Murid Perlu Dipertingkat - Rosnah

PAPAR: Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin menggesa para ibubapa dan penjaga pelajar agar dilibatkan secara langsung dalam program-program pembangunan sahsiah dan akademik pelajar yang dianjurkan oleh agensi kerajaan ataupun pihak sekolah. "Kehadiran ibubapa berserta ahli-ahli PIBG dalam suatu perkumpulan atau majlis ilmu di sisi anak-anak adalah menjadi suatu sentuhan ajaib kepada anak-anak mereka ke arah mendorong kewujudan pelajar-pelajar cemerlang bukan sahaja akademik malah aspek pembangunan kendiri anak-anak itu." Beliau yang juga Ahli Parlimen P175 Papar berkata demikian ketika merasmikan Program Motivasi Tahun Enam SK Pekan Kinarut anjuran Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan (YSZPS) dengan kerjasama PIBG dan Biro Pendidikan UMNO Papar bertempat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM KK).

Sementara itu dalam ucapan aluan beliau, Ketua Pentadbir YSZPS, Zulkhairi Haji Ismail menegaskan bahawa tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan khususnya dalam bidang pelajaran. "Setiap diri pelajar perlu ada pengorbanan dan usaha tanpa henti untuk menggapai kejayaan dengan menjadikan kejayaan serta pencapaian tokoh-tokoh ternama dalam negara serta luarnegara yang mecapai kegemilangan dan berada di puncak dengan hasil kerjakeras serta menuntut ilmu tanpa henti", ujar Zulkhairi lagi.

Di majlis itu Rosnah turut menjanjikan hadiah berupa komputer riba kepada pelajar yang berjaya mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan bidang-bidang tertentu seperti mana yang telah dilakukan sebelum ini. Majlis yang disertai oleh seramai 230 orang calon UPSR 2010 itu diisi padat dengan ceramah yang menyentuh topik memaksimumkan tahap keyakinan diri, berkemahiran menjawab dan bercita-cita tinggi. Antara penceramah yang terlibat ialah Azman Badu, Noraidah Haji Othman dan Abdul Ghani Kaji. Turut hadir di majlis itu Guru Besar, Mohd Zajih Edenin, Pengerusi PIBG, Hj Razak Ag Durahman, Timbalan Pengetua MRSM, Sahriman Abd Rahman, Wakil Pegawai Pelajaran Papar, Mohd Helmi, Pegawai Operasi YSZPS Papar, Mohd Fairuz Bin Hj Mohd Yussof, guru-guru dan sebahagian ibubapa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan