Ahad, 25 Julai 2010

SEMINAR MOTIVASI UPSR 2010 PERINGKAT DAERAH PAPAR

Antara tetamu kehormat yang hadir

AMANAT.... Ketua Pentadbir YSZPS, Zulkhairi Haji Ismail turut menyampaikan amanat di majlis tersebut

TAHNIAH Rahim menyampaikan Sijil Kecemerlangan kepada salah seorang pelajar sambil diperhati oleh Zulkhairi, Abidin, Hadi dan Zajih.

DIHARGAI … Abidin menyampaikan cenderakenangan kepada Zulkhairi disaksikan oleh Rahim dan Hadi.

PESERTA...Antara para pelajar yang menghadiri majlis tersebut

YAKIN BOLEH..... Rahim, Zulkhairi, Abidin, Hadi melaungkan kata-kata semangat bersama-sama calon UPSR 2010


Ilmu Dan Didikan Formal Mampu Julang Status Keluarga

Kemiskinan sesebuah entiti keluarga atau masyarakat bukanlah suatu yang perlu diwarisi tetapi ianya memerlukan makanisme bagi merubah keadaan agar enititi keluarga atau masyarakat itu boleh membangun seiring dengan kepesatan pembangunan yang sedia ada.

Wakil Rakyat N22 Pantai Manis, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail berkata, makanisme yang terbukti berupaya merubah keadaan tersebut adalah melalui pendidikan dimana dengan segala pengetuhan dan kemahiran yang diperolehi ianya merupakan prasayarat utama untuk membangunkan model insan bagi menjana proses pembangunan Negara.

Rahim yang juga Ketua Umno bahagian Papar berkata demikian semasa berucap merasmikan Seminar Motivasi Pelajar Tahun 6 Peringkat Daerah Papar anjuran bersama Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan (YSZPS), Majlis Guru Besar Daerah Papar dan Biro Pendidikan UMNO Papar yang melibatkan seramai 500 orang calon UPSR 2010 dari 50 buah sekolah sekitar Papar.

Sehubungan dengan itu beliau mengajak agar ibubapa memberikan penekanan terhadap soal pendidikan anak-anak agar mereka boleh menjadi modal insan cemerlang bagi membina masa depan yang lebih gemilang sekali gus membebaskan diri,keluarga dan masyarakat dari dibelanggu dengan masalah kemiskinan. “Jika kita miskin pemikiran dan tidak berusaha untuk mengisinya dengan ilmu pengetuhan sudah tentu kita akan terpinggir dan tidak mampu bersaing dalam arus kemajuan perdana Negara” katanya. 

Rahim menambah kekayaan Negara yang diwarisi ketika ini boleh terhakis jika pewarisnya tidak mempunyai ilmu pengetuhan dan kemahiran mengurus kekayaan tersebut sekalig gus boleh mengagalkan wawasan 2020 bagi menjadi sebuah Negara maju. “Pelajar-pelajar hari ini bermula di peringkat sekolah rendah,menengah dan di institusi pengajian tinggi merupakan simpanan tetap bagi sesebuah Negara bangsa untuk terus maju dan membangun” katanya .

Terdahulu dari itu dalam ucapan Ketua Pentadbir YSZPS, Zulkhairi Haji Ismail memberi jaminan bahawa Yayasan Sabah akan sentiasa menggembeling usahasama serta perkongsian pintar antara agensi, jabatan dan institusi mahupun NGO dalam merencana serta melaksana gerakerja yang bersesuaian dengan tuntutan semasa dalam meransang pembangunan modal insan melalui pendidikan.

"Agenda memperkasa bidang pendidikan anakbangsa adalah suatu yang tiada penghujung dan amat menuntut kerjasama padu semua pihak termasuklah ibubapa dan pelajar itu sendiri', katanya. Menurut beliau dalam kesibukan mengulangkaji pelajaran, pelajar perlu juga menitikbaratkan aspek penjagaan kesihatan, kawalan emosi disamping dorongan tanpa henti daripada guru serta ibubapa dalam minggu-minggu terakhir sebelum hari peperiksaan.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pegawai Pelajaran Daerah Papar, Abidin Marjan; Pengerusi MGB, Mohd Zajih Edenin; Pegawai Operasi YSZPS Papar, Mohd Fairuz B Hj Mohd Yussof; Penolong Pegawai Daerah Papar, William Ahlan; Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Kesihatan, Hadi Kassim; Naib Pengerusi Biro Pendidikan UMNO, Mudin Madin; Pengerusi Biro Ekonomi UMNO, Gaffar Rashid; para ibubapa, exco MGB, guru-guru besar dan ahli-ahli jawatankuasa Umno Papar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan