Isnin, 17 Mei 2010

KUNJUNGAN HORMAT PBTM CAWANGAN PAPAR KE YSZPS

Zulkhairi Ismail bergambar kenangan bersama Wan Daud, Ismail Asan serta sebahagian ahli rombongan PBTM dan warga YSZPS

Zulkhairi Ismail menerima kunjungan mesra dari PBTM Cawangan Papar yang diketuai oleh Pengerusinya, Wan Daud Ujud

PBTM Alu-alukan Sokongan Pelbagai Pihak

PAPAR:   Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) amat mengalu-alukan khidmatnasihat, sumbangan dan penyertaan aktif pelbagai pihak dalam menjayakan setiap program yang mereka jalankan demi menjaga kebajikan seluruh ahli serta keluarga bekas wira negara. Demikian dikatakan oleh Pengerusi PBTM Cawangan Papar, Wan Daud Ujud semasa melakukan kunjungan hormat ke Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan (YSZPS) baru-baru ini. "Sebagai pertubuhan tertua di negara ini yang ditubuhkan pada 22 Mei 1922, PBTM mempunyai 14 bahagian dan 200 cawangan di seluruh negara. PBTM memainkan peranan sebagai badan yang memupuksemangat muhibah serta saling hormat sesama bekas tentera dan memelihara darjat mereka sebagai wira negara. Di samping itu kebajikan ahli yang meliputi perubatan, perumahan, pelajaran dan peluang pekerjaan juga turut dibela",  terangnya lagi. Dalam kunjungan hormat itu Wan Daud dan rombongan turut merakamkan ucapan penghargaan dan terimakasih ahli-ahli PBTMkepada YSZPS di bawah pimpinan Zulkhairi Haji Ismail selaku Ketua Pentadbir Kumpulan yang sentiasa memberi kerjasama erat serta menyumbang peralatan pembelajaran kepada anak-anak ahli di samping khdmatnasihat yang diberikan.

Sementara itu Ketua Pentadbir YSZPS, Zulkhairi haji Ismail berkata bahawa sebagai agensi kerajaan yang utama di Sabah, YSZPS sentiasa menghulurkan kerjasama kepada pelbagai pihak yang ingin membangunkan aspek modal insan meliputi pelbagai bidang dengan cara mengadakan latihan, kursus dan program berkaitan pembangunan usahawan serta sahsiah. "Sebagai menghargai sumbangan pejuang-pejuang negara, sudah sepatutnyalah pelbagai pihak sama-sama  menghulurkan bukan sahaja setakat sumbangan material malah khidmatnasihat dan dokongan kepada Persatuan Bekas Tentera dan persatuan-persatuan lain yang berkaitan dengan keselamatan negara"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan