Khamis, 27 Mei 2010

SEMINAR KEIBUBAPAAN & TEKNIK MENJAWAB UPSR 2010 SK BENONI

Zulkhairi berkongsi maklumat kunci kejayaan seseorang pelajar

Ag Gador menyampaikan cenderahati kepada Zulkhairi  diperhatikan oleh Pg Zaidie, Ag. Sani dan Fairuz

Zulkhairi menyampaikan Sijil Kecemerlangan kepada Ketua Pelajar sambil diperhatikan oleh Ag Gador, Pg Zaidie, Ag Sani dan Fairuz

Ibubapa Mampu Seimbangkan Peranan Pendidik - Zulkhairi

PAPAR:   "Golongan ibubapa khususnya yang mempunyai anak yang masih bersekolah harus mempertingkat peranan dan sumbangan dalam membentuk suasana pembelajaran, memberi galakan berterusan, memantau disiplin dan memiliki sifat-sifat empati dalam mencari penyelesaian bersama setiap permasalahan yang timbul dalam sistem persekolahan anak-anak mereka. Dengan adanya rasa tanggungjawab yang sedemikian rupa, sudah pasti ia akan dapat menyeimbangkan bebanan yang dipikul warga pendidik seperti mana yang diwar-warkan selama ini", demikian seru Zulkhairi Haji Ismail, Ketua Pentadbir Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan (YSZPS) semasa merasmikan Forum Motivasi dan Peranan Ibubapa Serta Pelajar di SK Benoni kemarin.

Seminar anjuran bersama YSZPS dan PIBG SK Benoni dengan kerjasama Biro Pendidikan UMNO Papar itu melibatkan penyertaan seramai lebih 180 orang calon UPSR 2010 dan seramai 70 orang ibubapa terbabit. Para pelajar didedahkan dengan kaedah menjawab soalan dan motivasi kecemerlangan manakala ibubapa disajikan dengan ceramah kegemilangan keibubapaan.

Guru Besar SK Benoni, Ag Gador Ag Kahar dalam ucapannya turut mengimbau peripentingnya semangat memasyarakatkan institusi pendidikan seperti sekolah di kalangan masyarakat setempat yang mana mampu mengangkat martabat sekaligus memuliakan sekolah itu sendiri ke arah menghasilkan murid-murid cemerlang secara berterusan. "Usaha menggembeling kecemerlangan yang dilakukan oleh PIBG dan sekolah lebih mudah dan sisitematik dengan adanya kerjasama padu dari pihak berwajib seperti Yayasan Sabah yang sekian lama turun padang menangani agenda pendidikan nusabangsa',katanya lagi.

Turut hadir di majlis itu ialah Pengerusi PIBG Awang Sani Anong, Ketua Unit Kaunseling PPD Papar, Pengiran Zaidi Pengiran Fauzi, Pegawai Operasi YSZPS Papar, Mohd Fairuz Yussof, Penolong Kanan HEM Hajah Dg Masgaloh Pg Dahlan, ahli-ahli PIBG dan warga pendidik SK Benoni.

  Dalam majlis itu juga Zulkhairi mengumumkan pemberian hadiah kepada murid-murid yang berjaya mendapat keputusan 5A dalam UPSR 2010.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan