Ahad, 13 Februari 2011

Ucapan aluan daripada Encik Zulkhairi Hj Ismail, Ketua Pentadbir Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan

Datuk Rosnah menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang sambil diperhatikan oleh Pengerusi PIBG SUI Kg Pengalat Besar, Encik Yusof Asik

Sesi temuramah daripada RTM


Pelajar Harus Menimba Ilmu : Rosnah

PAPAR : kerajaan komited dan member keutamaan terhadap agenda pembangunan pendidikan bagi memastikan setiap rakyat dilengkapi ilmu, sekali gus mampu membina tamadun yang disegani dunia.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata tamadun yang kekal bukan berasaskan kepada kekuatan kuasa kententeraan sebaliknya kuasa minda dan akhlak terpuji dimiliki rakyatnya.

Beliau berkata, golongan pelajar digesa supaya giat berusaha untuk mengejar kejayaan tanpa usaha gigih serta cara pembelajaran yang sistematik serta pengurusan masa yang betul, agak sukar bagi seseorang itu merealisasikan cita-citanya.Katanya, kecemerlangan yang diharapkan murid-murid juga hendaklah sentiasamencintai dan membudayakan ilmu kerana dalam era sains dan teknologi ini manusia perlu memperalatkan ilmu untuk hidup.

“Kejayaan Negara-negara maju dalam bidang ekonomi dan social termasuk bidang pendidikan agama adalah kecintaan warganegara mereka kepada budaya ilmu,” ujarnya.Rosnah berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2010 anjuran PBG Sekolah Ugama Islam Sabah dan Tadika JHEAINS Kampung Pengalat Besar, di sini kelmarin. Turut hadir, Pengerusi PIBG, Yusof Asik, guru-guru dan para pelajar.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Papar menyeru pada guru yang menjadi pembimbing dan pendidik di sekolah ini supaya sentiasa memperbaharui semangat dan iltizam dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Tambah beliau, mereka perlu berfikiran terbuka dan bertekad melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan juga akhirat.“Ibubapa harus bersedia untuk bersama-sama mengembleng tenaga dengan sekolah di dalam mendidik anak2-anak.

“Kerajaan banyak menyediakan pelbagai peluang menerusi rancangan pembangunannya dan akan terus memastikan pembangunan modal insane dilaksanakan secara komprehensif meliputi usa meningkatkan kemahiran dan pengetahuan,” ujar beliau. Tegas Rosnah, langkah akan diambil untuk membentuk individu Muslim berintelek dalam bidang sains dan teknologi, menggilap keupayaan keusahawanan serta memupuk nilai-nilai positif dan progresif.

Jelasnya, dalam konteks gagasan 1Malaysia, nilai ketujuh yang diterapkan ialah pendidikan. Pendidikan dan pengetahuan adalah pra syarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Beliau juga akan memastikan pendidikan khususnya bidang agama akan terus diberi keutamaan dan diperkasakan bagi membina modal insane yang cemerlang dan berdaya saing dalam semua bidang kehidupan. Sebagai contoh, katanya’ Sekolah Menengah Agama Toh Puan Hajah Rahmah akan berpindah ke lokasi baru di Kinarut dalam masa yang terdekat bagi menggantikan bangunan sekolah yang using di Sembulan. Bangunan baru ini akan dilengkapi dengan perlatan pendidikan yang serba canggih dan moden bagi keselesaan pelajar. Beliau juga menyeru kepada smeua ibubapa agar sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak mereka supaya tidah mudah terpengaruh dan terjebak dengan pelbagai gejala negative seperti menagih dadah, melakukan jenayah, merosakkan harta benda awam dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan