Jumaat, 21 Januari 2011

MAJLIS KENDURI SEKAMPUNG & RAMAH MESRA PDCB KAMPUNG LAMBIDAN

Barisan Kabinet PDCB Kampung Lambidan

TIBA..Lajim yang diiringi oleh John ,Asmat dan Zulkhairi bersalaman dengan orang ramai sejurus tiba untuk merasmikan program tersebut

TURUT BERUCAP….Ketua Pentadbir Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan Zulkhairi Ismail turut berucap di majlis tersebut

AMANAT…Lajim ketika menyampaikan amanatnya di majlis tersebut

KEMUDAHAN…Lajim turut menyampaikan sumbangan dari ADUN Kuala Penyu berupa alat pemotong rumput kepada pengerusi JKKK Lambidan sempana program tersebut

PENGHARGAAN…Lajim menerima cendera kenangan dari Zulkhairi selepas merasmikan majlis tersebut

KENDURI SEKAMPUNG..Lajim bersama jemputan turut menikmati hidangan dalam majlis Kenduri Sekampung sempana program tersebut

KENDURI…Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo,Pegawai Khas Ahli Perlimen Beaufort Jawarin Nasar dan Presiden PBTM Sanon Sapari antara tetemu yang hadir di majlis tersebut

Kemajuan Kampung Akan Terus Dipertingkatkan Kata Lajim

KUALA PENYU : Selaras dengan wawasan negara untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi dan masyarakatnya yang kaya dengan nilai-nilai murni menjelang 2020, pembangunan dan kemajuan di luar bandar akan terus dipertingkatkan seiring dengan hasrat tersebut.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, Ini adalah komitmen kerajaan sepertimana prinsip keterangkuman (inclusiveness) yang termaktub dalam Model Baru Ekonomi. “ Perkara ini amat penting untuk memastikan kemajuan dan kesejahteraan yang dicapai oleh negara dapat dikongsi oleh semua lapisan rakyat tanpa mengira agama, kaum dan lokaliti” katanya ketika berucap merasmikan Program Desa Cemerlang dan Berinovasi (PDCB) anjuran Kumpulan Yayasan Sabah di Kampung Lambidan dekat sini baru-baru ini. Hadir sama di majlis tersebut Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing, Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo, Wakil Penolong Pegawai Daerah Menumbok Asmat haji Japar dan Ketua Pentadbir Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan Zulkhairi Haji Ismail.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort bagi melestarikan gagasan tersebut Jawatankuasa Kemajuan dan Keselmatan Kampung perlu meningkatkan peranannya bagi membantu kerajaan menyemarakan pembangunan luar bandar. Katanya, JKKK mampu menjadi penghubung antara kerajaan dan masyarakat luar bandar bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus kemajuan dan pembangunan negara.Sementara itu beliau juga mengesa agar masyarakat kampong bersikap kreatif, proaktif dan berinovatif bagi memajukan diri mereka agar tidak tercicir dari arus kemajuan perdana negara.

Katanya, kerajaan turut menyediakan pelbagai kemudahan insfrastruktur ,dan pelbagai bentuk bantuan untuk memajukan masyarakat diluar Bandar yang perlu dimanafaatkan sepenuhnya bagi mereka mencapai kejayaan terutamanya dalam bidang ekonomi dan pendidikan. “Selain itu faktor yang turut menyumbang kepada kejayaan sesebuah kampung ialah kualiti masyarakatnya yang bersatu padu dan komited dalam memajukan kampung masing-masing” tambah Lajim.

Sementara itu ketika berucap di majlis yang sama Ketua Pentadbir Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan Zulkhairi Haji Islam berkata, program tersebut dianjurkan sebagai satu alternatife membantu kerajaan memperkasakan taraf hidup masyarakat luar Bandar di negeri ini. Katanya sejak program tersebut dianjurkan Kumpulan Yayasan Sabah telah memilih sebanyak 6 buah kampung di negeri ini sebagai projek perintis dimana menurut beliau antara misi perlaksanaan program tersebut adalah untuk mewujudkan suasana kampung yang selamat, bersih, indah menarik maju dan menguntungkan agar menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang. “Melalui kerjasama dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan kita agar bergerak dalam satu pasukan melalui peranan serta tanggungjawab jabatan serta agensi kerajaan yang terlibat bagi membantu memajukan masyarakat kampong dalam pelbagai bidang antaranya ekonomi, pendidikan, sosial, kesihatan dan sebagainya”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan