Jumaat, 29 Julai 2011

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB UPSR FEEDER SCHOOL SMK MEMBAKUT II 2011

Arifin, Zulkhairi dan Tuan Maimun bergambar kenang-kenangan bersama sebahagian calon-calon UPSR 2011 Zon Pimping dan guru besar

Arifin, Zulkhairi dan Tuan Maimun bergambar kenang-kenangan bersama sebahagian calon-calon UPSR 2011 Zon Pimping dan guru besar

Arifin dan Zulkhairi diberi taklimat mengenai perkembangan pendidikan setempat oleh Tuan Hajah Maimun

Penganjuran Program Kecemerlangan Akademik Secara Usahasama Antara Sekolah Mampu Julang Martabat Warga Pendidik - Arifin Arif

MEMBAKUT - "Penganjuran sebarang program kecemerlangan akademik melibatkan persefahaman dan kerjasama antara sekolah khususnya sekolah menengah dan sekolah rendah sudah tentu akan membuahkan hasil bukan sahaj kepada anakbangsa yang dididik malah sekaligus mampu julang martabat warga pendidik serta institusi persekolahan itu sendiri. Usaha ini akan lebih bermakna jika adanya bantuan dan keperihatinan daripada agensi berkaitan seperti Yayasan Sabah'. Demikian ujar Wakil Rakyat Membakut, Datuk Haji Mohd Ariffin Mohd Arif semasa merasmikan Seminar Teknik Menjawab UPSR 2011 Feed School SMK Membakut II anjuran Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan (YSZPS) dan SMK Memabkut II dengan kerjasama SK Binsulok, SK Pg Jaya Pimping, SK Saga-Saga dan SK Kg Brunei.

Manakala Ketua Pentadbir YSZPS, Zulkhairi Haji Ismail turut memberi jaminan bahawa Kumpulan Yayasan Sabah akan sentiasa komited dalam membantu semua institusi persekolahan samada dalam bentuk sumbangan dana mahupum kepakaran modal insan dalam menjayakan setiap program kecemerlangan akademik mahupun pembangunan sahsiah pelajar. "Penubuhan Yayasan Sabah itu sendiri menjurus kepada pembangunan modal insan yang terdiri daripada rakyat Malaysia di Sabah melalui teras utama iaitu ransangan sektor pendidikan di pelbagai peringkat". tambah Zulkhairi.

Program sehari padat itu disertai seramai lebih 200 orang calon-calon UPSR di Zon Pimping dan turut dihadiri oleh Pengetua SMK Membakut II, Hajah Tuan Maimun Tuan Sulaiman, Guru Besar SK Binsulok Mohd Nasir Abdullah, Guru Besar Sk Pg Jaya Pimping, Arshad Muslim, Guru Besar SK Saga-Saga, Ahmad Bidin dan wakil Pegawai Pelajaran Daerah Beaufort, Mohd Ali Haji Mail.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan