Jumaat, 29 Julai 2011

BENGKEL KRAFTANGAN KYSZPS


Dg Noraidah sedang menunjukkan teknik merekabentuk produk berasaskan mengkuang dan daun pandan kepada peserta bengkel

Awang Besar (Nyian) sedang menunjukkan cara memetik gambus dan menyelaras bunyi

Salah seorang peserta warga emas sedang asyik menyiapkan kraf berasaskan mengkuang

Zulkhairi menyampaikan Sijil Penghargaan kepada tenaga pengajar kraf gambus Awang Besar Pengiran Apong

Zulkhairi menyampaikan Sijil Penghargaan kepada tenaga pengajar kraf berasaskan mengkuang Dayang Noraidah Mahmud


Kepelbagaian Rekacipta Dan Penggunaan Mampu Lonjak Industri Kraftangan Tempatan - Zulkhairi

BONGAWAN - "Seiring dengan perkembangan semasa dan persekitaran teknologi silih berganti mendorong segala keperluan peralatan seharian perlu direkacipta sesuai dengan trend, fesyen, eksoktik, mudahguna, unik dan berdayasaing. Ekoran itu para pengusaha kraftangan perlu peka untuk lebih kreatif dalam merekacipta produk mereka yang mana kalau dahulunya hanya sesuai dibeli dan diguna sebagai buahtangan dan perhiasan tetapi kini perlu meneroka kesesuaian produk mereka untuk dijadikan barangan konsumer harian sekaligus mewarnai pasaran aksesori yang diburu dan dihargai". Demikian seru Ketua Pentadbir Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan (YSZPS), Zulkhairi Haji Ismail semasa merasmikan Bengkel Rekacipta Kraftangan Berasaskan Mengkuang/Pandan dan Instrumen Gambus anjuran YSZPS di Pusat Kegiatan Wanita, Kampung Sri Serbang Bongawan kelmarin.

"Kita mahu melihat produk kraf tempatan ditambahnilai menerusi pengubahsuaian yang eksotik bagi memenuhi tuntutan pasaran. Adalah menjadi kebanggaan jika produk kraf berasaskan corak tikar mengkuan dan daun pandan dijadikan sarung gajet berteknologi tinggi seperti telefon bimbit, beg dan alasan komputer riba, fail eksekutif, perhiasan hotel mewah dan sebagainya. Manakala intrumen gambus bukan hanya dijadikan intrumen muzik semata-mata tapi ianya boleh dijadikan artifak dan peralatan seperti tombol pintu, padanan perabot, penghias cahaya, rantai kunci,  imejan perhiasan seni dalaman, rostrum dan pelbagai kegunaan. Jika ini mampu diterokai sudah pasti martabat kraftangan tempatan dan komuniti pengusaha dan peminatnya akan berada di tahap yang dibanggakan", ujar Zulkhairi lagi.

Program yang memakan masa 3 hari itu disertai seramai 100 orang yang terdiri daripada golongan belia dan warga emas dengan dijayakan oleh tenaga pengajar kraftangan yang diiktiraf oleh Perbadanan Kraftangan Malaysia seperti pengusaha gambus Nyian, Awang Besar Pengiran Apong dan Mohd Hasim Ag Besar manakala kraf mengkuang dikendalikan oleh Dayang Damit Ag Inchi dan Dg Noraidah Mahmud. Turut hadir dalam majlis tersebut Pegawai Penyelidik YSZPS, Peter Jonnie Peter, Pegawai Operasi YSZPS Papar, Mohd Fairuz B Hj Mohd Yussof dan warga YSZPS yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan