Ahad, 18 Julai 2010

SAMBUTAN HARI GURU SK PEKAN KINARUT

SYABAS....! Zulkhairi menyampaikan Sijil Penghargaan Tokoh Guru 2010 kepada Husin Adam sambil diperhati oleh Mohd Zajih

Zulkhairi menyampaikan cenderahati kepada Tokoh Guru 2010 Husin Adam sambil diperhati oleh Mohd Zajih

Warga pendidik SK Pekan Kinarut melafazkan Ikrar Guru Malaysia dipimpin oleh Amran Haji Mokhtar, Penolong Kanan Pentadbiran

Meriah....! Suasana sambutan Hari Guru 2010 SK Kinarut

Meriah....! Suasana sambutan Hari Guru 2010 Sk Kinarut

Guru Bukan Setakat Kerjaya Malah Pelengkap Kehidupan Insan

PAPAR: "Profesion perguruan bukan setakat kerjaya pilihan yang tugasnya hanya mendidik secara formal tetapi boleh dianggap sebagai pelengkap kitaran hidup manusia bertamadun". Demikian yang dijelaskan oleh Pengerusi Biro Pendidikan Umno Papar, Zulkhairi Haji Ismail semasa merasmikan sambutan Hari Guru 2010 peringkat SK Pekan Kinarut kemarin.

"Sebagai profesion paling tua di dunia, peranan guru adalah amat signifikan dari segi peredaran zaman kerana perlu mencerap kaedah-kaedah serta ilmu semasa agar sesuai dengan perkembangan tamadun dunia tanpa mengabaikan ciri-ciri serta nilai-nilai tempatan. Bayangkan sesebuah kehidupan makhluk yang bernama manusia tanpa sebarang didikan, sudah pasti dunia moden hari ini tidak akan terbentuk sehebat rupa. Oleh itu, warga pendidik perlu memperlengkap diri dengan menerapkan ilmu serta kemahiran urustadbir, kewangan, kreativiti, psikologi, teknologi dan ilmu pengetahuan baru di samping peka terhadap hal-ehwal semasa samada setempat mahupun sejagat", tambah Zulkhairi lagi.

Sementara itu, Guru Besar SK Kinarut, Mohd Zajih Edinin menggesa warga pendidik di sekolahnya agar mendengar serta memantau permasalahan anak-anak didik mereka serta berlaku adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara bila melibatkan pihak ibubapa. "Sikap bersabar, empati dan berkeyakinan di kalangan guru-guru sudah tentu dapat membantu memperkukuh platfom persefahaman antara murid-murid. guru dan ibubapa serta masyarakat dalam persekitaran sekolah" tegas Zajih yang juga Pengerusi Majlis Guru Besar Papar.

Sambutan yang dihadiri oleh 1500 orang terdiri daripada pelajar, pendidik dan ibubapa itu turut dimeriahkan dengan persembahan kesenian oleh pelajar dan guru, penyampaian hadiah dan anugerah guru cemerlang serta tokoh guru. Tokoh Guru 2010 yang dipilih ialah Hussin Adam, pesara guru yang berasal dari Kinarut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan