Rabu, 14 Julai 2010

PROGRAM SEMINAR PERDANA UPSR 2010 DAERAH BEAUFORT‏

Kamarlin mengatakan sesuatu kepada Zulkhairi, Anas dan Salleh mengenai program  Gerak Gempur Peperiksaan
Sebahagian daripada peserta menyatakan Ikrar Kecemerlangan yang dilaungkan dalam seminar tersebut
Barisan guru besar yang hadir dalam seminar anjuran Yayasan Sabah
Kamarlin menyampaikan Sijil Penyertaan kepada salah seorang guru besar sambil diperhatikan oleh Faizal, Zulkhairi, Salleh dan Rahman.

Usaha Tanpa Jemu Buahkan Kecemerlangan - Kamarlin

 

BEAUFORT: Seramai lebihkurang 300 calon UPSR 2010 sekitar daerah Beaufort mengikuti Seminar Perdana UPSR 2010 Peringkat Daerah Beaufort anjuran Kumpulan Yayasan Sabah, Zon Pedalaman selatan (YSZPS) dengan kerjasama Bank Rakyat Cawangan Beaufort dan Majlis Guru Besar Daerah (MGB) Beaufort bertempat di Dewan Masyarakat Beaufort.

Dalam ucapan perasmiannya, Wakil Rakyat N27 Lumadan, Kamarlin Haji Ombi menasihati para pelajar dan ibubapa agar menggiatkan usaha untuk memastikan segala cita-cita dan harapan para guru, masyarakat, ibubapa dan pemimpin untuk melihat anak-anak bangsa memperoleh kecemrlangan berganda. "Pautan persefahaman dan saling bekomunikasi antara pendidik dan ibubapa sudah semestinya akan memudahkan percambahan ilmu di kalangan pelajar dan institusi sekolah itu sendiri. Tiada gunanya pihak-pihak berwajib seperti Yayasan Sabah dan agensi kerajaan lain menganjurkan pelbagai program benilaitambah dalam membangunkan sektor pembangunan pelajaran jika golongan ibubapa tidak mengambil inisiatif meransang semangat berkobar-kobar untuk mencapai kecemerlangan di kalangan anak-anak mereka. Warga pendidik juga harus mempelbagaikan kaedah terancang untuk menjelaskan segala teknik belajar dan menghadapi peperiksaan mengikut kecenderungan pelajar-pelajar mereka", tambah Kamarlin lagi.

Sementara itu dalam ucapan alu-aluannya, Ketua Pentadbir YSZPS, Zulkhairi Haji Ismail turut menekankan peripentingnya bercita-cita tinggi dalam kalangan pelajar seawal sekolah rendah. "Anak-anak yang bercita-cita tinggi sudah tentu mempunyai dorongan tersendiri tetapi perlu dibimbing untuk memastikan ianya tercapai dengan cara terpuji dan menjadi kebanggaan. Dalam diri pelajar itu sendiri perlu ada kawalan tingkahlaku dan disiplin yang dengan sendirinya akan memandu cara belajar yang efektif, menghormati guru serta ibubapa, menjaga kesihatan dan penetapan masa", tegas Zulkhairi.

Seminar sehari itu diisi dengan bengkel kaedah menjawab peperiksaan yang disampaikan oleh Hj Malik Abd Manaf (Bahasa Malaysia), Hj Bisno Hj Sari (English), Silus Agang (Matematik) dan Awang Damit Mohamad (Sains).

Dalam majlis yang sama Kamarlin juga menawarkan hadiah kepada semua pelajar yang berjaya meraih keputusan 5A dalam UPSR 2010. Turut menyampaikan ucapan dalam majlis itu ialah Pegawai Pelajaran Daerah Beaufort, Salleh Haji Idris, YDP MGB, Abd Ghapar Majid dan Pengerusi Biro Pendidikan MGB, Abd Rahman Yusof. Antara yang turut hadir ialah Ketua Unit Pentadbiran Bank Rakyat, Faizal Wong; Pegawai Operasi YSZPS Beaufort, Latip Taip; gurur-guru besar dan para ibubapa pelajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan