Murid SK Kimanis Ikrar Tingkat Pencapaian
KIMANIS: Seramai lebihkurang 70 orang calon UPSR 2009 dari SK Kimanis berikrar di hadapan guru-guru dan ibubapa mereka untuk berusaha bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan cemerlang terutamanya dalam peperiksaan UPSR. Acara melafaz ikrar secara beramai-ramai yang penuh semangat itu merupakan salah satu slot utama dalam Program Motivasi Kecemerlangan Akademik 2009 SK Kimanis anjuran bersama Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan dan SK Kimanis. Menurut Guru Besar SK Kimanis, Yusoff Minin penganjuran program yang julung kali diadakan itu bertujuan merangsang dan menggilap potensi murid-murid khususnya di kalangan calon-calon UPSR yang rata-ratanya terdiri daripada mereka yang datang dari keluarga pertengahan dan kurang mampu. "Adalah menjadi akujanji dan keutamaan kami ke arah memastikan anak-anak didik kami menjadi generasi cemerlang dan sempurna di dalam semua aspek kehidupan mereka serta mampu menyumbangsemula kepada masyarakat mereka", tambah Yusuff lagi.
Dalam ucapan lain pula, wakil Pegawai Pelajaran Daerah Papar, Durahman Ramlee Awang Wahab menyeru para pelajar agar membalas jasa-jasa yang ditaburkan oleh Yayasan Sabah dengan cara berusaha ke arah mencapai keputusan terbaik dalam setiap peperiksaan dan cita-cita. "Kewujudan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan terbukti menyumbang begitu besar dan amat bermakna dalam penganjuran dan pembangunan sektor pendidikan serta perguruan khusunya daerah Papar"ujar Durahman.
Sementara itu, Ketua Pentadbir Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan, Zulkhairi Haji Ismail menyeru ibubapa, penjaga serta masyarakat setempat agar lebih perihatin dan bertanggungjawab ke arah memastikan wujudnya hubungan baik antara pihak pentadbiran sekolah, kepimpinan kampung serta pelbagai pihak yang boleh menjamin suasana pembelajaran yang baik setiap masa di sekolah, rumah dan kejiranan. "Segala bantuan dan huluran kerjasama dari pelbagai agensi akan lebih efisyen jika kelompok sasar berusaha memanfaatkan rangsangan sosial seumpamanya", tegas Zulkhairi.
Hadir sama dalam program tersebut Penyelia Sektor Pengurusan Sektor Pengurusan Sekolah Papar, Suzalan Suhaili; Pegawai Operasi YS Papar, Mohd Fairuz b Mohd Yussof; Ketua Kampung, Ag Ladi Ag Jaya, ahli-ahli PIBG serta ibubapa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan