Khamis, 24 Februari 2011

ZIARAH TIADA BERMUSIM

Zulkhairi menerangkan mengenai tahap kecergasan Chambas yang menunjukkan perkembangan positif

Dr Karim menyampaikan sumbangan kepada Chambas di rumahnya yang terletak di perumahan Beaufort

BERSEMANGAT......Rombongan ziarah membawa keceriaan kepada Chambas Juhara di kediaman beliau di Beaufort

Salim Mat Rahim menenangkan Chambas yang agak terharu dengan kunjungan majikannya

Haji Mapiati menyampaikan sumbangan kepada Pahat Juan pesara yang sakit lumpuh di kg Mansud, Kuala Penyu sambil disaksikan oleh ahli rombongan

Dr Karim, Zulkhairi, Haji Mapiati, Salim dan peserta rombongan bergambar kenangan bersama kelarga Pahat Juan

Ziarah Mampu Satukan Ummah Dan Zahirkan Masyarakat Penyayang - BAKIYS

BEAUFORT: Aktiviti ziarah yang tidak bermusim mampu menjana pembentukan ummah secara semulajadi sekaligus mewujudkan masyarakat penyayang, perihatin, berkeyakinan tinggi dan menyumbang kepada pembentukan negarabangsa yang utuh. Demikian kata Pengerusi Badan Kebajikan Islam Kumpulan Yayasan Sabah (BAKIYS), Dr Karim Samsuri semasa melakukan siri ziarah ke atas warga YS yang kurang sihat dan uzur di Beaufort dan Kuala Penyu baru-baru ini. Rombongan seramai 20 orang yang diketuai oleh Ketua Pentadbir Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan (YSZPS), Zulkhairi Haji Ismail itu menziarahi Penyelia Hutan Kanan, Chambas Juhara yang mengalami serangan angin ahmar semasa bertugas sejak 6 bulan lalu. Rombongan tersebut juga turut menziarahi bekas staf YS yang uzur sekian lama iaitu Pahat Juan di Kg Mansud, Kuala Penyu.

Menurut Zulkhairi, aktiviti ziarah merupakan program berterusan yang melibatkan pelbagai jabatan dan agensi di bawah KYS sebagai tanda menghargai sumbangan seluruh lapisan wargakerja KYS samada yang masih dalam perkhidmatan mahupun yang telah bersara khususnya yang sakit, uzur, ditimpa kemalangan dan sebagainya. Sementara itu Dr Karim yang juga Setiausaha Korporat Yayasan Sabah menggesa semua lapisan kakitangan agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat serta melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala dan mengamalkan cara bekerja yang mengutamakan piawai keselamtan yang tinggi demi mengelak berlakunya kejadian yang tidak dingini yang memungkinkan keupayaan untuk bertugas menurun sekaligus menyebabkan keluarga terabai. Beliau juga menambah bahawa BAKIYS akan sentiasa melakukan kunjungan seumpamanya ke atas warganya tanpa mengira agama.

Dalam kunjungan itu, kedua-dua warga KYS tersebut menerima barangan dapur dan wangtunai sumbangan BAKIYS, YSZPS dan Pejabat Perhutanan KYS Wilayah Keningau. Turut serta dalam rombongan tersebut ialah Pengurus Kumpulan Audit, Haji Mapiati Haji Sullit; Pengurus Perhutanan Wilayah Keningau, Salim haji Mat Rahim; Pengurus Pemantauan Projek, Asman Dulamit; Pegawai KYS Keningau, Hamidin Suin dan Pegawai Tadbir Kanan YSZPS, Haji Gulam Hassan Haji Hapil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan