Rosnah menyampaikan hadiah kepada salah seorang pelajar cemerlang UPSR 2009 sambil diperhatikan oleh Zulkhairi, Rahman, Indang dan Mokhtar
Dorongan Dan Penghargaan Kecemerlangan Pelajar Perlu Digiatkan
PAPAR : Seramai 5 orang pelajar SK Surati yang mendapat pencapaian 5A dalam peperiksaan UPSR 2009 dan murid-murid cemerlang dalam pelbagai bidang akademik dan kokurikulum diraikan dalam Majlis Kecemerlangan SK Surati sempena Sidang Permuafakatan Ibubapa dan Guru baru-baru ini. Majlis anjuran bersama Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan (YSZPS) dan PIBG Sk Surati itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Rosnah Shirli yang juga Ahli Parlimen Papar. Dalam ucapan perasmiannya, Rosnah menyeru kepada para ibubapa agar tidak bergantung harap kepada guru-guru semata-mata dalam menjamin kecemerlangan pelajar tetapi ia harus disulami dengan dorongan serta dukungan penuh anggota keluarga dam komuniti sekeliling.
"Budaya memertabatkan pencapaian pelajaran melalui dorongan dan pengiktirafan ke atas kecemerlangan pelajar secara semulajadinya akan melestarikan perkembangan ilmu itu sendiri dan dalam jangkapanjang akan mempercepatkan kewujudan masyarakat yang berilmu, berketrampilan serta berdayasaing dipelbagai peringkat sekaligus dapat mempertahan tamadun sesebuah bangsa." , tambahnya lagi.
Di majlis itu setiap pelajar cemerlang dihadiahkan sumbangan wang tunai dan sijil daripada YSZPS dan PIBG.
Turut hadir di majlis itu Ketua Pentadbir YSZPS, Zulkhairi Haji Ismail; Guru Besar Sk Surati, Rahman Bakar; Pengerusi PIBG, Mokhtar Matyassin; Pegawai Operasi YSZPS Papar, Mohd Fairuz Yussof dan wakil Jabatan Pendidikan, Indangkasi Haji Sibin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan