Jumaat, 21 Januari 2011

MAJLIS KENDURI SEKAMPUNG & RAMAH MESRA PDCB KAMPUNG LAMBIDAN

Barisan Kabinet PDCB Kampung Lambidan

TIBA..Lajim yang diiringi oleh John ,Asmat dan Zulkhairi bersalaman dengan orang ramai sejurus tiba untuk merasmikan program tersebut

TURUT BERUCAP….Ketua Pentadbir Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan Zulkhairi Ismail turut berucap di majlis tersebut

AMANAT…Lajim ketika menyampaikan amanatnya di majlis tersebut

KEMUDAHAN…Lajim turut menyampaikan sumbangan dari ADUN Kuala Penyu berupa alat pemotong rumput kepada pengerusi JKKK Lambidan sempana program tersebut

PENGHARGAAN…Lajim menerima cendera kenangan dari Zulkhairi selepas merasmikan majlis tersebut

KENDURI SEKAMPUNG..Lajim bersama jemputan turut menikmati hidangan dalam majlis Kenduri Sekampung sempana program tersebut

KENDURI…Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo,Pegawai Khas Ahli Perlimen Beaufort Jawarin Nasar dan Presiden PBTM Sanon Sapari antara tetemu yang hadir di majlis tersebut

Kemajuan Kampung Akan Terus Dipertingkatkan Kata Lajim

KUALA PENYU : Selaras dengan wawasan negara untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi dan masyarakatnya yang kaya dengan nilai-nilai murni menjelang 2020, pembangunan dan kemajuan di luar bandar akan terus dipertingkatkan seiring dengan hasrat tersebut.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, Ini adalah komitmen kerajaan sepertimana prinsip keterangkuman (inclusiveness) yang termaktub dalam Model Baru Ekonomi. “ Perkara ini amat penting untuk memastikan kemajuan dan kesejahteraan yang dicapai oleh negara dapat dikongsi oleh semua lapisan rakyat tanpa mengira agama, kaum dan lokaliti” katanya ketika berucap merasmikan Program Desa Cemerlang dan Berinovasi (PDCB) anjuran Kumpulan Yayasan Sabah di Kampung Lambidan dekat sini baru-baru ini. Hadir sama di majlis tersebut Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing, Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo, Wakil Penolong Pegawai Daerah Menumbok Asmat haji Japar dan Ketua Pentadbir Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan Zulkhairi Haji Ismail.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort bagi melestarikan gagasan tersebut Jawatankuasa Kemajuan dan Keselmatan Kampung perlu meningkatkan peranannya bagi membantu kerajaan menyemarakan pembangunan luar bandar. Katanya, JKKK mampu menjadi penghubung antara kerajaan dan masyarakat luar bandar bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus kemajuan dan pembangunan negara.Sementara itu beliau juga mengesa agar masyarakat kampong bersikap kreatif, proaktif dan berinovatif bagi memajukan diri mereka agar tidak tercicir dari arus kemajuan perdana negara.

Katanya, kerajaan turut menyediakan pelbagai kemudahan insfrastruktur ,dan pelbagai bentuk bantuan untuk memajukan masyarakat diluar Bandar yang perlu dimanafaatkan sepenuhnya bagi mereka mencapai kejayaan terutamanya dalam bidang ekonomi dan pendidikan. “Selain itu faktor yang turut menyumbang kepada kejayaan sesebuah kampung ialah kualiti masyarakatnya yang bersatu padu dan komited dalam memajukan kampung masing-masing” tambah Lajim.

Sementara itu ketika berucap di majlis yang sama Ketua Pentadbir Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan Zulkhairi Haji Islam berkata, program tersebut dianjurkan sebagai satu alternatife membantu kerajaan memperkasakan taraf hidup masyarakat luar Bandar di negeri ini. Katanya sejak program tersebut dianjurkan Kumpulan Yayasan Sabah telah memilih sebanyak 6 buah kampung di negeri ini sebagai projek perintis dimana menurut beliau antara misi perlaksanaan program tersebut adalah untuk mewujudkan suasana kampung yang selamat, bersih, indah menarik maju dan menguntungkan agar menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang. “Melalui kerjasama dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan kita agar bergerak dalam satu pasukan melalui peranan serta tanggungjawab jabatan serta agensi kerajaan yang terlibat bagi membantu memajukan masyarakat kampong dalam pelbagai bidang antaranya ekonomi, pendidikan, sosial, kesihatan dan sebagainya”.

Isnin, 17 Januari 2011

IMEJ & PERANAN LEMBAGA PELAWAT INSTITUSI KEBAJIKAN PERLU MENJALANI TRANSFORMASI SEZAMAN

Hajjah Dg Rugayah Ag Besar, Pengetua RKK

TAHNIAH...! Pengerusi Lembaga RKK, Zulkhairi Haji Ismail menerima Sijil dan Watikah daripada Dato' Seri Sharizat Jalil sempena Hari Ulangtahun Ke-10 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dirasmikan oleh Perdana Menteri di Dewan Merdeka, PWTC baru-baru ini

Dr Mudzakkir Cholil Purnomo (pemilik Permai Polyclinic Putatan), Timbalan Pengerusi Lembaga Pelawat RKK

Blok Pentadbiran yang menempatkan Pejabat Rasmi Pengetua dan Pentadbiran RKK

Dewan Serbaguna RKK dan sebahagian fasiliti yang terdapat di Taman Permainan

Kemudahan apartment pekerja dan rumah tetamu juga terdapat di kompleks Rumah Kanak-kanak Kota Kinabalu

Haji Mokhtar Haji Ibrahim, salah seorang Ahli Lembaga Pelawat RKK yang baru dilantik

Fungsi Lembaga Pelawat Institusi Perlindungan Perlu Mengalami Transformasi Sezaman

PAPAR: "Seiring dengan pergerakan masa serta peralihan pelbagai fungsian sistem kehidupan meliputi kekeluargaan, komuniti, persekitaran, cabaran serta tuntutan ilmu tanpa sempadan setiap institusi atau unit perlindungan khusus yang berkaitan dengan aspek kebajikan kumpulan kanak-kanak, kumpulan sasar khas serta warga emas perlu mengalami pendayaupayaan dalam menguruselia habitat (kompleks penginapan) di bawah jagaan mereka. Umumnya tahu semua penghuni instusi terdiri daripada kalangan yang perlu pembelaan, jagaan, memelihara hak-hak untuk hidup selamat, menikmati kemudahan yang tidak ada di luar institusi sekaligus hidup bermasyarakat". Demikian tegas Zulkhairi Haji Ismail, Pengerusi Lembaga Pelawat Rumah Kanak-kanak Kota Kinabalu(RKK) semasa dihubungi baru-baru ini.

Rumah Kanak-kanak Kota Kinabalu (RKK) terletak di Kg Beringgis, Papar dalam kawasan parlimen P.175 Papar. Lokasinya yang menghadap Laut Cina Selatan sejauh 500 meter dari pesisir pantai menjanjikan persekitaran yang damai, bersih, sihat dan selamat. RKK dibina dalam kawasan seluas 6.55 ekar bermula 21 Ogos 2008 dan siap sepenuhnya pada 11 September 2003.

Institusi ini beroperasi sepenuhnya pada 25 Mac 2004 dengan penghuni awal seramai 46 orang dengan kapasiti 100 orang pada satu-satu masa. Sebagai sebuah entiti yang perlu diberi perhatian menyeluruh dan dipastikan sentiasa berada dalam keadaan selamat, RKK telah diwartakan sebagai Tempat Selamat di bawah Akta Kanak-kanak 2001 pada 1 September 2003 bagi maksud Akta. Institusi ini diletakkan di bawah tanggungjawab serta bidangkuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Jabatan Kebajikan Masyarakat).

Sebagai memenuhi visi dan misinya ke arah masyarakat sejahtera dan penyayang RKK telah menetapkan objektif untuk menjamin jagaan alternatif yang meransang pertumbuhan fizikal, mental dan emosi setiap penghuni dalam suasana kondusif yang tenteram dan selamat.

Golongan penghuni di institusi ini terdiri daripada kalangan kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan dari seluruh pelusuk negeri Sabah meliputi mangsa kes-kes penderaan fizikal, seksual, emosi dan mental; kanak-kanak yang menjadi mangsa pengabaian oleh ibu, bapa atau penjaga, kanak-kanak yang dibuang, kanak-kanak yang tiada ibu/bapa/penjaga dan yang seerti di bawah Seksyen 17(1)(a)-(k) Akta Kanak-kanak 2001.

Kemasukan setiap individu kanak-kanak ke instiusi ini mestilah diuruskan oleh Pegawai Pelindung dari setiap daerha/bahagian di Sabah terlebih dahulu beserta Perintah Mahkamah kanak-kanak. Tempoh penempatan kanak-kanak terbabit secara tetap di RKK ini adalah selama 3 tahun dari tarikh perintah itu atau sehingga dia mencapai umur 18 tahun, mengikut mana-mana lebih pendek.

Bagi memenuhi keperluan dan keselesaan para penghuni dan petugas, RKK dilengkapi dengan kemudahan infra seperti Pejabat Pengurusan dan Operasi, Asrama Kanak-kanak, Apartmen Kakitangan, Dewan Pelbagaiguna, dewan makan dan dapur, Makmal Komputer, Pusat Sumber, surau, padang bola dan taman permainan, Rumah Tetamu, Bilik Kaunseling, Kelas KLA, Bilik "Play Therapy', Kelas Taska dan Bilik Rawatan.

Dengan tahap fasiliti yang ada maka pelbagai keistimewaan serta aktiviti berfaedah telah dapat dijalankan. Antaranya jagaan dan perlindungan (tempat tinggal, makan-minum, pakaian, keperluan harian san lain-lain), Wang Saku Harian, peluang bercuti (perayaan/cuti sekolah), lawatan keluarga, sukan dan rekreasi, persekolahan di luar institusi, Program KLA2M, pendidikan agama berterusan, bimbingan dan kaunseling, latihan dan persembahan kesenian dan kebudayaan, rawatan berkala dari Klnik Ibu dan Anak/hospital/klinik pergigian(perubatan dan kesihatan), lawatan dalam dan luar institusi serta keunikan 'Edible Garden dan 'Green House'.

Menurut Pengetua RKK, Hajah Dayang Rugayah Ag Besar, perjalanan urustadbir, penyeliaan, pembangunan program dan pematuhan peraturan-peraturan tetap dibantu serta dipantau sepenuhnya oleh Lembaga Pelawat yang dilantik oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. "Kami di RKK cukup berbangga dan optimis kerana keahlian Lembaga Pelawat yang baru dilantik terdiri daripada kalangan golongan profesional pelbagai bidang di peringkat umur pertengahan. Berdasarkan komitmen serta latar pendidikan, pengalaman, profesion dan kedudukan mereka dalam masyarakat semuanya memungkinkan institusi ini mampu melangkah jauh lagi sebagai sebuah institusi yang menyumbang kepada mewujudkan masyarakat penyayang dan sejahtera secara berkekalan', tambahnya lagi.

"Seiring dengan gagasan Perdana Menteri ke arah transformasi sosial yang lebih bermakna dengan memenuhi keberhasilan negara, sudah sampai masanya setiap lapisan yang terdiri daripada pasukan pengurusan, Lembaga, penghuni, masyarakat sekitar dan anggota masyarakat serta badan-badan korporat, agensi-agensi kerajaan, orang perseorangan, NGO, pertubuhan siasah dan syarikat swasta dituntut dan digalak untuk sama-sama menyumbang idea, dana dan material kepada institusi demi kelangsungan perlaksanaan program-program yang bernilaitambah serta bermanfaat untuk para penghuni", gesa Zulkhairi.

Selain Zulkhairi selaku Pengerusi, keanggotaan Lembaga Pelawat RKK juga terdiri daripada Dr Mudzakkir Cholil Purnomo (pengamal perubatan) selaku Timbalan Pengerusi, Haji Mokhtar Ibrahim(Pengetua SMK Takis), Viola G. Dompok (usahawan), Ustaz Hj Hamdani Omar (Pengetua SMUI Papar), Suwaibah Zakaria (Pakar Kaunseling UMS),Puteri Hayati Megat Ahmad (Pakar Kaunseling UMS), Durahman Bakar (Guru Besar SK Surati) dan Dg Badariah Datuk Pg Hj Mohd Tahir (usahawan).

Menurut Zulkhairi lagi dalam masa terdekat ini pihak Lembaga akan mengupayakan pembinaan beberapa Sudut Bacaan dan 'gazebo' di sekitar RKK bagi kemudahan penghuni berekreasi, program penceriaan RKK melalui aktiviti senitaman, penambahan koleksi pusat sumber dan perpustakaan, pemerolehan kenderaan bas mini/van untuk kemudahan kanak-kanak, menaiktaraf kemudahan 'indoor games', pengenalan kepada aktiviti perkhemahan 'insitu' di dalam dan luar institusi, program motivasi pendidikan secara berkala, program belajar sambil melawat oleh penghuni, sambutan hari perayaan dan kebesaran secara lebih inovatif, memperkasa kegiatan senibudaya, pertahanan diri dan memperkenalkan pembinaan nilai-nilai keusahawanan serta berdikari di kalangan kumpulan sasar dan beberapa program jangka panjang selain daripada membantu pasukan pengurusan mempercepatkan penaiktarafan Dewan Serbaguna di samping pemantauan berterusan seperti pertanggunjawaban yang diamanahkan kepada Lembaga RKK.

"Sumbangan berterusan dari pelbagai pihak dan dermawan dalam bentuk dana dan material amatlah diharap-harapkan demi kelestarian Rumah Kanak-kanak Kota Kinabalu seterusnya", kata Zulkhairi di akhir pertemuan bersama beliau.