Kimanis : Kehadiran Kimanis Power Sdn Bhd dikawasan ini bukan sahaja untuk membawa pembangunan infrastruktur, tetapi juga untuk mencari jalan yang terbaik untuk membantu masyarakat supaya mempercepatkan keupayaan mereka untuk menyertai arus pembangunan, terutamanya dari segi pembangunan modal insan. Adalah menjadi harapan kami semuga sumbangan yang kami sampaikan ini akan dapat menokok-tambah segala usaha yang sedia ada oleh pihak sekolah dan pemaju masyarakat untuk mempergiatkan lagi aktiviti pembangunan yang sedang dan yang bakal dilaksanakan.kata pengarah urusan, Kimanis Power Sdn Bhd Encik M. Ali Hashim Mohamed di Majlis CSR bersama para guru dan pelajar di sekitar Zon Kimanis, bertempat di SK. Kimanis Papar baru-baru ini.
M. Ali Hashim juga berkata” adalah menjadi harapan kami semuga sumbangan yang kami sampaikan ini akan dapat menokok-tambah segala usaha yang sedia ada oleh pihak sekolah dan pemaju masyarakat untuk mempergiatkan lagi aktiviti pembangunan yang sedang dan yang bakal dilaksanakan.
“Program CSR atau program tanggungjawab sosial korporat yang telah kami rancang dan laksanakan pada hari ini adalah merupakan satu pendekatan untuk membantu masyarakat disamping menerapkan nilai-nilai murni serta memupuk persefahaman intim diantara Kimanis Power Sdn. Bhd dan masyarakat tempatan disini.
Kimanis Power Sdn Bhd (KPSB) adalah merupakan hasil satu jalinan usahasama pintar diantara dua syraikat gergasi di Malaysia, iaitu Petronas dan Kumpulan Yayasan Sabah dimana Petronas melabur sebanyak 60% equiti melalui Petronas Gas Berhad (PGB) sementara Kumpulan Yayasan Sabah melabur sebanyak 40% equiti melalui anak syarikatnya NRG Consortium (Sabah) Sdn Bhd.
KPSB telah dipertanggung-jawabkan untuk merancang, melaksanakan dan mengoperasikan sebuah stesen janakuasa elektrik atau Independent Power Plant 300 megawatt di Kampung Kuala Benoni, Papar atau lebih dikenali oleh masyarakat tempatan di sini sebagai Batu 30, Jalan Papar-Beaufort. Lokasi ini adalah bersebelahan dengan lokasi terminal minyak dan Gas Sabah atau SOGT.
Dengan terbinanya stesen janakuasa elektrik 300 megawatt ini, maka ianya secara langsung akan dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga elektrik di negeri sabah serta menjemput lebih banyak para pelabur dari luar negeri dan negara untuk membina industri-industri mereka disini. Disamping itu, pembangunan ini sekaligus juga akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan bagi anak-anak tempatan.
Pada majlis tersebut Kimanis Power Sdn Bhd (KPSB) telah menyampaikan sumbangan cek kepada beberapa buah sekolah untuk pembelian peralatan yang diperlukan, sekolah-sekolah yang telah menerima sumbangan tersebut SMK Bongawan II Kimanis, SK. Kimanis, SK Pekan Kimanis, SK Mandahan, SK Pekan Bongawan, SRJK Chong Hwa, SK Sumbiling, SK Viging, SK Ulu Lumagar, tabika KEMAS Kg. Brunei Kimanis, Tabika KEMAS Kg. Gadong, SK.Belatik, SK Kelatuan dan SK Buang Sayang Papar.
Disamping Kimanis Power Sdn Bhd juga memberikan sumbangan untuk pembinaan jeti nelayan di Kimanis dan memperbaiki ambatan pejalan kaki di Kg.Kelatuan Papar dan gereja Ulu Kimanis turut menerima sumbungan pada majlis itu.